Thursday, December 31, 2009

End of Year 2009

Tanpa disedari, tahun 2009 dah pun sampai ke penghujungnya. Masa berlalu sangat pantas, tiba2 je aku dah berada di 31 Disember 2009. Rupanya, sepanjang Disember aku tak letak satu post pun kat blog ni. I guess that's a very big problem of blogging. I keep writing the draft, but never published it. Sedar2 je, dah ada beberapa draft yang tak siap. Hopefully, lepas ni aku akan diberi kerajinan untuk terus menaip post2 baru. I like blogging because I love to share even I don't know whether people will read it or not... It doesn't really matter for me... hehe...

Banyak perkara pahit dan manis berlaku dalam tahun 2009 ni. Overall, I can consider that 2009 is the year where my life is at the bottom of the cycle. Banyak masalah dan rintangan yang kadang kala sangat menyakitkan. Tapi, I'm still alive today and life must goes on... Lagi pun, banyak rintangan ni berjaya dihadapi dengan baik. Tak kurang jugak masalah yang masih dalam proses penyelesaian. Cuma mampu untuk berdoa ke hadrat Allah s.w.t. supaya semuanya berjalan lancar dan tak memudharatkan diri.

Karier tetap diteruskan di company sedia ada. Antara pengalaman penting tahun ni adalah belajar cara2 nak deal dengan boss yang emosional. Di samping tu, skop kerja dah diluaskan sampai meliputi surface facilities. bidang ni amat menarik sebab everything is real. Jauh lebih visible berbanding reservoir engineering yang penuh assumption dan "ketidaknampakan". Hehe... Alhamdulillah, banyak benda2 baru yang dapat dipelajari.

Dalam Scouting, Alhamdulillah telah dianugerahkan manikayu unit Kelana. Sijil dah diberikan lebih awal dalam bulan Julai dan pengalungan diadakan dengan penuh informal pada bulan Oktober. I'm still trying hard to gain back my place in the grass-root. I always believe that Scouting can only be done successfully if we focusing thoroughly in strengthening up the grass-root. Hopefully, untuk tahun 2010 ni, akan ada peluang untuk terus melibatkan diri dalam Scouting.

My Family is doing well... Abang Deli selamat melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun dan kenduri di sebelah sini dah dilangsungkan dengan jayanya pada 12 Disember lepas. Dalam dua minggu kebelakangan ni, buah dukung di dusun berbuah dengan lebat dan dapat dijual dengan banyaknya kat office Along.. Sambutan menggalakkan, rezeki kami tahun ni... Memang bagus if tiap2 tahun dapat hasil macam ni... Alhamdulillah.

SSS_Orca is moving a bit slow this year. Still harap krew ni akan dapat bertahan no matter what happen... Che Ros dah melangsungkan perkahwinan dalam bulan Oktober. Emon dan Abang Lan masing2 dah pun selamat mendapat baby. Fikri bakal mendapat baby selepas tahun baru ni. InsyaAllah ramai lagi akan melangsungkan perkahwinan dalam tahun 2010 ni. Cuma aku sangat2 nak memohon maaf kepada ahli2 krew sebab aku masih gagal nak menyediakan tapak yang baik untuk kita meneruskan aktiviti kepengakapan kita semua. Moga2 tahun depan ada ruang untuk kita terus beraktiviti. I really miss everyone.

About myself, I'm currently okay.. I'm happy with my life now although it may be totally different from others. I'm planning a lot of things for my future. Hopefully, it can be done successfully. Untuk insan2 yang tersayang, salam tahun baru 2010 dan salah tahun hijrah 1431. Moga kita akan dapat bersama-sama harungi life ni dengan tenang dan tabah, insyaAllah.

Monday, November 30, 2009

Apa Itu Cinta

Kindly contributed by Mrs. Rohani..
  1. Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
  2. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
  3. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada disana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
  4. Adakah kamu mencintainya kerana itu yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
  5. Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
  6. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
  7. Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
  8. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
  9. Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI

  1. Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
  2. Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
  3. Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
  4. Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
  5. Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
  6. Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
  7. Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA

Thursday, November 5, 2009

Cover: Sarah - Lovely Song....

He sing it very well... a very good guitar performance....

Papadom... The New Side of Malaysian Movie


Dah lebih sebulan tak update blog ni. Seperti biasa, macam2 dah berlaku. Sometimes, life jadi sangat happy, sometimes life jadi sangat suffer. Tapi, overall, Alhamdulillah, I am still alive dan mampu bernafas seperti biasa. Sekarang, boleh dikatakan tiap2 petang hujan. Monsun dah menghampiri dan keadaan selalunya mendung. Semalam, tanah runtuh menutup jalan lama yang menghubungkan Selayang dengan Rawang. Syukurlah takde siapa2 yang terperangkap atau terkorban. However, itu adalah isyarat yang menyuruh kita berhati2. Bencana berlaku tanpa dijangka.



Sekitar hujung bulan Ramadhan yang lepas, filem Papadom telah diumumkan sebagai filem terbaik di Festival Filem Malaysia. Aku sebenarnya tak pernah ambil kisah langsung dengan filem-filem yang mendapat anugerah terbaik ni. Cuma, bila filem tu hasil karya Afdlin Shauki, rasa tersangat rugi jika tak tengok dan bagi sokongan. Sejak filem Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok dan Sumolah, aku tak pernah miss lagi menonton filem Afdlin. Filem beliau selalu digarap dengan cara yang berbeza daripada orang lain, menyebabkan menjadi sangat unik.

Sehingga semalam, aku dah empat kali menonton Papadom di cinema... Memang gila... Kali terakhir aku menonton lebih dari sekali adalah beberapa tahun lepas iaitu filem Lord Of The Rings - Return of The King. Tu pun cuma dua kali. Filem Papadom memang cukup menarik, penuh unsur kekeluargaan dan konflik pemikiran seorang bapak yang tak mau anaknya hilang arah. Semuanya bercampur dengan baik sekali, sedih, kelakar, gembira, terharu... semua pun ada.. Sampai sekarang masih ada niat untuk gi menonton lagi...



Setiap kali aku gi menonton Papadom, aku akan tergelak lagi dan lagi... Walaupun aku dah tau babak yang seterusnya, still aku akan tergelak habis-habisan. Bila tengok Mun, arwah isteri Saadom tu asyik muncul untuk bagi nasihat dan berbincang, aku memang tak boleh tahan gelak. Dengan macam2 gaya... Que Haidar pun memang sangat smart kali ni. Betul2 berjaya bawak watak budak nerd bernama Rahmat tu... Cukup fanatik dengan pembikinan filem, sampai leh hasilkan filem pendek yang aneh... Hehehe...

Afdlin memang tak payah nak dipertikaikan lagi. Lakonan dalam Papadom memang sangat mantap. Memang tepat dia dinobatkan sebagai Best Actor.. Pelakon2 lain macam Liyana Jasmay, Farid Kamil, Scha, Harun Salim Bachik dan kumpulan Boria memang sangat membantu untuk jadikan Papadom sebuah filem yang mantap. At least, I can smile and laugh for a while... This movie is too good to be forgotten... Lagu dalam filem ni yang bertajuk "Sarah" yang dinyanyikan secara unplugged memang sangat menarik hati... From 5 stars that I have in my hand, I give Papadom 5.1 stars.. It's not an easy thing to be a good dad, rite...

Thursday, September 24, 2009

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Pak Raja

Sehari sebelum raya, aku menghabiskan beberapa jam untuk menyampaikan mesej Eidilfitri kepada semua kawan2 yang ada dalam list handset... Alhamdulillah, sebahagian besar membalas mesej tu.. Pagi hari raya pertama, aku solat sunat Eidilfitri di Surau Dr. Harun Din di Bandar Baru Bangi... khutbah yang sangat bersemangat dan bermakna... 95% jemaah menunggu sampai khutbah habis... termasuklah orang Bangla... padahal kalo di masjid lain, sebaik bagi salam pertama, separuh jemaah dah pun keluar.

Tiba di rumah, aku masih berterusan menerima balasan SMS Eidilfitri dari kawan2... Satu mesej menarik perhatian penuh dari aku:

"Slamat hari raye. Maaf zhir btin. Akak bgi aruah raja iskandar mohon kemaafan bnyak2 jika ade trsalah kata. Wasalam"

Aruah raja iskandar... Sepanjang hidup aku, aku kenal sorang je Raja Iskandar iaitu Pak Raja yang kita kenal masa berpengakap di JB dulu. Kali terakhir aku berjumpa arwah adalah ketika aku dan Arip buat persiapan untuk Pameran Sea Scout di Jambori Johor pada bulan November tahun 2008 yang lepas. Dah hampir setahun, dan kali ni, Pak Raja telah pergi dan tak berkesempatan untuk menyambut Eidilfitri dengan kita.

Bertanya lebih lanjut dengan penghantar SMS ni, arwah Pak Raja telah kembali ke rahmatullah pada 29 Ogos yang lepas selepas 5 bulan terlantar akibat penyakit kencing manis. Rupanya tak berapa lama lepas aku dan Arip jumpa dengan arwah, kesihatan dia dah terjejas. Kami merancang untuk masukkan beliau sebagai tokoh Pengakap Laut semasa pameran tu, tapi kekangan masa membuatkan usaha kami tak kesampaian.

Pak Raja adalah bekas ahli Pengakap Laut 5th JB yang kemudiannya memasukki Navy menjadi expertise diver. Pernah menjalani latihan diving selama bertahun-tahun di US. Sering terlibat dalam ship salvation dan underwater welding. Walaupun arwah mudah naik angin, beliau sebenarnya sangat baik hati Terlalu banyak ilmu yang bermanfaat yang telah aku dapati sepanjang berguru dengan beliau. Dapat 2nd version untuk Admiralty Book of Seamanship... He is one of my best teacher, cuma takdir menentukan tak dapat spend time yang lama dengan arwah.

Di hari mulia Eidilfitri ni, aku berdoa ke hadrat Allah swt supaya roh Pak Raja dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah untuk arwah Raja Iskandar @ Pak Raja..

Friday, September 18, 2009

Ramadhan... Berlalu Dengan Dugaan

Setahun dua ni, Ramadhan merupakan saat-saat yang sangat mencabar. Tahun lepas, pada 4 Ramadhan, abah terlibat dalam accident. Terpaksa berehat beberapa hari di hospital. Kereta kami rosak teruk. Akibat kerja sambil lewa oleh syarikat tarik kereta, hingga ke hari ni, kereta tu masih lagi belum "recover" sepenuhnya daripada kerosakan. Semuanya berlalu begitu pantas. Dari bulan Ramadhan tahun lepas hingga ke hari ini, life tetap berlalu dengan pelbagai dugaan yang kadang2 sangat menyakitkan.

Bulan Ramadhan tahun ni, aku berusaha mengejar dan mendapatkan sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang aku harapkan dapat dimiliki. Sesuatu yang aku rasa tak boleh hidup tenang tanpanya. Sesuatu yang menggembirakan life aku for the past seven months. Sepanjang bulan Ramadhan aku drive ke office... bukan kerana penat, bukan kerana nak dengar lagu2 best di dalam kereta, tapi sebab aku harap aku dapat teruskan usaha untuk mengejar ketakpastian tu. Aku buat sedaya upaya sampai aku terlupa yang aku sebenarnya dah pun memiliki sesuatu yang pasti. Aku terus hanyut dalam impian aku sendiri.

Lalu, aku pun melalui hari-hari yang hitam dan maha gelap. Aku dilibas depan dan belakang, kiri dan kanan sampai betul2 hilang semangat untuk hidup. Aku cuba mencari jalan terbaik, tapi jalan keluar seolah-olah tiada lagi. Hari demi hari, ketakpastian tu makin jauh dan makin jauh. Dan ia sangat melukakan. Akhirnya, ketakpastian tu berubah, dirampas dan dibawa pergi. Rasa macam life dah berakhir. Aku cuba memujuk hati, tapi sukarnya nak melepaskan dia pergi. Dan lagu "Pergi" buat aku hilang semua motivasi.

Aku cuba bangkit, tapi payah betul rasanya. Cuba bernafas panjang, tapi terasa sangat sakit. Cuma Dia yang ada mendengar segala rintihan dan aduan daripada hamba-Nya yang lemah dan serba kekurangan ni. Aku harap aku diberi kekuatan untuk terus berdiri. Walaupun sangat sakit apabila disuruh pergi, walaupun sangat pedih apabila tak dikehendaki, walaupun setiap inci perjalanan terasa sebak dalam hati.. Tapi biarlah semua ni cepat berlalu pergi... Berlalu pergi bersama semua memori... Wamakaru, wamakarallah, wallahu khairul makirin....

Saturday, September 12, 2009

(Cover By Me) - Pergi ~ Song of Brokenhearted

When my life is too painful to go through, when my dream is impossible to become true, when my beloved one leaves me... only this song come into my mind to heal myself...

Friday, September 11, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapimasalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
~



Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

wallahua'alam. ....

How To Deal With Sorrow and Sadness

Depression.. I'm Depressed. It Sucks. Help Me.
by Jeff Cohen

While the term depression has been so commonly used that people tend not to take it seriously anymore, it is a very serious condition that can impair one’s life. Depression is very difficult. It can debilitate your normal functions, making even the most mundane tasks such as getting out of bed or eating breakfast seemingly difficult. It is sad to think that a lot of depressed individuals are not treated because of the high costs of therapy.

However, coping with depression is still possible without professional help if you know depression management. Here are a few things that can help you deal with depression, it is important to note however, that professional therapy is still very invaluable with serious depression. These steps are just suggestions for alleviating your condition.

Staying active is one way to take your mind off depression. Primarily, activities help distract you from whatever it is that is causing your depression and it also helps channel unspent energies that build up when you are depressed. Keeping active also releases endorphins – natural mood boosters that somehow cheer you up.



It is also important to take a rest. Being depressed can be very exhausting, so it is essential to regain strength and energy if you are to deal with depression. Relaxation techniques can help you be more attuned to the self and be more at peace. When resting, stressors should be kept away from the bedroom so that ample rest can be obtained.

You should also express your emotions. Depression usually results from suppressed emotions. People who are grieving can be prone to depression if they keep their emotion to themselves. A lot of people avoid crying because they think it might be a sign of weakness. However, it is important to cry because it releases your emotions.

When expressing feelings, it is important to avoid catharsis – venting up your anger by doing something violent like boxing, smashing things, and the like. Catharsis does not release your emotion, especially anger. Rather, it makes you practice violence as an expression of emotion, and thus can be very dangerous.

Hang around with friends and loved ones. Depressed individuals need support very much. Other people can distract one from stressors. They can remind you that there is more to life, and it is worth living even if it is simply because of the company of wonderful people.

Lastly, it is important to believe in yourself. A lot of people get depressed because they put themselves down. It is important to satisfy yourself and gain a sense of self-worth. It is good to do something that will make you happy. Prioritizing yourself can help you to believe that your own life is important and can be enjoyed. Being kind to yourself is one of the most important steps to get out of a depressive state.

Depression management is possible and entails taking charge of yourself. When dealing with depression however, it is important not to rush. Sadness does not disappear overnight; it takes time to get back on your feet. Little by little, you can get out of depression and have a normal life once more.

~ I try to apply this for myself... but I'm not really successful... Well, maybe it will work for others... Have a try...

Sunday, September 6, 2009

Aizat - Pergi (OST Talentime)

~A meaningful song is the song that can speak your heart... just by listening to it~



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi..
pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi..
pergi..

Saturday, August 22, 2009

12:50 pm...

Ursus Dormiens Nunquam Titillandus
"Never Tickle the Sleeping Bear"

Hari ni, aku tersesat sendirian di office
Menyelesaikan presentation slides yang tak pernah selesai
Menyiapkan minda untuk membentangkan hasil kerja
Mengemaskan workstation yang dah macam kapal karam

Kat luar takde sinaran matahari
Dari pagi sampai sekarang, penuh jerebu
Mungkin kejap lagi hujan lebat kot
Suasana yang sesuai untuk first day puasa

Aku dah jadi lebih tua daripada usia sebenar
Banyak sangat problem dan konflik dalam kepala ni
Mungkin benar kata kawan-kawan
Allah takkan bagi masalah yang kita tak mampu tanggung

Orang kata hidup tanpa masalah takkan menarik
Hidup yang smooth sepanjang masa tentu membosankan
Tak kira berapa banyak pun masalah yang kita ada
Kalo tiba-tiba kita mati, masalah tu pun hilang sekali

Untuk menyedapkan hati, kita semua selalu cakap macam ni
"Relax la, orang lain pun ada masalah, lagi teruk daripada kita"
Tapi apa tujuan membandingkan dengan orang lain
Masalah kita akan membebankan kita, bukan orang lain

Awan mendung kat luar, hitam pekat membawa awan nimbus
Sama mendung dengan hati aku yang suram ni
Agaknya bila la kebahagiaan dulu akan datang lagi
Ataupun mungkin tak sempat pun untuk rasa bahagia sekali lagi

Bila harapan dah hilang, bila hidup takde sinaran lagi
Bila kawan-kawan melangkah pergi, bila diri tak lagi dikasihi
Bila semuanya tak bererti, bila hilang semua keinginan di hati
Mungkin inilah masanya untuk pergi....

12:50 pm, uoaII
Ursus Dormiens Nunquam Titillandus

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Untuk Semua



ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al -Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud.
..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Wednesday, August 19, 2009

Keberkatan Surah Al-Ikhlas



Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A..W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Secebis Kasih Sayang...

Brought To Me By A Friend:-

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."


Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..

"Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Aktiviti Di Malam Yang Sunyi

Tuesday, August 18, 2009

Selangkah Ke Depan


Hujung minggu lepas, aku dan Santz berkesempatan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di JAIS, Shah Alam.. Kursus berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Dengan bayaran RM80, kami dibekalkan dengan sebuah fail, beberapa buah buku, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang. Kursus diadakan di Bangunan Sultan Idris Shah yang terletak betul2 di depan Masjid Negeri Shah Alam.

~~~~

Terdapat beberapa bab yang disentuh pada hari pertama. Sesi satu adalah berkaitan dengan iman, ihsan, ikhlas dan ibadah. Sesi dua menyentuh kaedah2 pembubaran perkahwinan seperti talak, fasakh dan sebagainya. Lepas makan tengah hari, kami mengikuti sesi tiga berkaitan dengan pengurusan kesihatan. Sesi terakhir pada hari Sabtu adalah berkaitan dengan komunikasi dalam rumah tangga.

~~~~

Hari kedua dimulakan dengan sesi kelima iaitu pengurusan stress. Ini diikuti oleh pengurusan kewangan dan masa. Penceramah bagi sesi ni bersemangat menceritakan bagaimana beliau yang berkahwin dua menguruskan rumah tangganya dengan sangat sistematik. hohoho... lepas minum pagi, kami meneruskan dengan sesi prosedur2 perkahwinan yang ditetapkan oleh JAIS. Sesi ni sangat menyeronokkan sebab penceramah iaitu Ustaz Khairul Jahrin sangat kelakar. Ada banyak lawak menarik di sini.

~~~~

Lepas makan tengah hari, solat Zuhur. Sempat berkenalan dengan Mr Kamarul, sorang electrical engineer ex-UiTM yang sangat friendly. Sesi terakhir adalah berkaitan dengan akhlak dalam perkahwinan. Selepas tu, ada sedikit taklimat tentang zakat harta. Akhir sekali, sijil disampaikan kepada wakil2 yang ditetapkan. Alhamdulillah, dengan adanya sijil ni, kami telah selangkah ke depan menuju perkahwinan, insyaAllah. Moga diberkati.

Wednesday, August 12, 2009

My Song For Today...

Time flies again. Ada banyak post tertunda yang belum sempat disiapkan. Tapi hari ni, aku ambik kesempatan untuk share lirik lagu ni. Aku dah lama gak dengar lagu ni, maybe 2 atau 3 tahun lepas kot, tapi baru akhir2 ni aku betul2 tertarik untuk fokus. Lirik sangat bisa... Susunan muzik sangat menarik... Tak tau la kenapa sangat touching ek...? Maybe because this is a sad song in a joy melody...
~~~~~
~~~~
Yovie dan Nuno
Menjaga Hati
~~~~
masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah pertanda
cinta tak di sini lagi kau telah berpaling
~~~~
reff:
biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau menjauh, aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
~~~~
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini kau di seberang sana
~~~~
repeat reff
~~~~
andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati
~~~~
repeat reff [3x]
~~~~
sejujurnya diriku masih mengharapkanmu

~~~~~

Saturday, July 25, 2009

Time Passing By...

Sedar tak sedar, post terakhir aku di blog ni adalah pada 7 Jun... dah dekat 2 bulan rupanya tak post ape2 kat sini. Time flies... Rasanya baru sekejap send post tentang Bro Ujang dan Aku Budak Minang, rupanya dah nak 2 bulan dah. 2 bulan yang sangat busy dan menghabiskan masa hidup aku. Alhamdulillah, hari ni dapat juga menulis sesuatu di blog ni.

Macam2 yang dilalui dan macam2 email yang diterima setiap hari. Tapi email yang aku dapat semalam adalah antara email yang menarik:

Pada suatu masa dulu, seorang raja menawarkan sesuatu yang sangat "grand" kepada panglima perangnya. Baginda menyuruh panglima itu menunggang kuda sejauh-jauhnya dan menawarkan setiap inci tanah yang dilalui oleh panglima itu akan dianugerahkan kepadanya. Panglima itu mula berasa tamak dan menunggang selaju-lajunya tanpa berhenti. Lagi jauh kuda bergerak, lagi luas tanah yang akan didapati.

Lama kelamaan, kuda penunggang itu mula kepenatan. Akhirnya, haiwan itu jatuh dan mati. Panglima ini meneruskan perjalanan lagi supaya mendapat tanah yang sangat luas. Malangnya, dia tak mampu untuk meneruskan perjalanan. Di situ, dia terfikir, "aku mengejar tanah yang luas, akhirnya yang kudapati hanya seluas jasadku sendiri".. Akibat terlalu penat, panglima itu akhirnya mati di situ.

Begitulah kehidupan kita. Kita terus menerus mengejar impian, mengejar kekayaan, mengejar peningkatan dalam karier. Suatu hari, apabila kita menoleh ke belakang, rupanya apa yang kita telah capai tidaklah begitu membahagiakan. Sebaliknya, kita telah kehilangan banyak peluang untuk hidup bahagia dan seadanya kerana ingin mengejar perkara-perkara duniawi.

Moga Allah tunjukkan jalan yang benar pada kita supaya kita tidak tersesat dalam mengejar impian.

Sunday, June 7, 2009

Tribute to Ujang & Aku Budak Minang

Aku menghabiskan petang Jumaat bertandang di rumah Bal dan berborak-borak tentang macam2 hal. Rumah jiran sebelah bakal mengadakan kenduri kahwin pada keesokannya, jadi ada pelbagai kerja yang sedang dijalankan di luar rumah. Kami berborak dan terus berborak hinggalah tiba2... ops.. mata aku tertumpu pada Koleksi Aku Budak Minang yang Bal pinjam daripada aku a few months ago. Dah pun selesai dibaca, so it's my time to read this great story again. Great!
----
Menyorot kembali ke tahun 1990, tak banyak hiburan yang ada di rumah. Tiada walkman, tiada mp3 player, tiada pemain video, tiada anime, tiada komik Penyiasat Remaja dan tiada kemudahan untuk bersukan. Majalah Gila-Gila adalah antara majalah yang menjadi penghibur setia. Pastinya, bahagian yang paling menarik minat adalah siri Aku Budak Minang hasil karya kartunis Ujang.
----

Aku membesar membaca komik Aku Budak Minang yang sarat dengan realiti hidup. Dari kisah ibunya yang sentiasa marah-marah, Atuknya yang cool dan separa rockers sehinggalah kepada kisah arwah Abang Joe yang sanggup menghabiskan gaji untuk membantu Ujang menyambung pelajaran di peringkat STPM, semuanya sangat bermakna bagi aku. Nama Ujang tu sendiri memberi kesan besar dalam hidup aku. Tak terasa malu untuk mengaku bahawa aku adalah pengikut setia Ujang buat bertahun-tahun lamanya. Cara Ujang mempersembahkan kisah itu adalah mendahului mana-mana karya lain pada zaman tersebut dan membantu mematangkan fikiran pembacanya.
----
Ketika aku berada dalam darjah 4, Majalah Ujang mula menjadi kegilaan budak2. Usaha Ujang mengumpulkan kartunis yang berwibawa dalam Majalah Ujang membuahkan hasil yang membanggakan. Hasil2 karya kartunis dalam majalah Ujang pada zaman itu adalah LEGEND, yang membantu aku terus bersemangat untuk meneruskan hidup. Selain kartunis seperti Gayour yang sudah sedia dikenali, majalah Ujang juga adalah platform untuk kartunis2 legenda lain seperti Sukun (Workshop), Duku, Ubi dan Tembakau (Kartini) membina karier mereka dengan mengajar masyarakat tentang realiti hidup menerusi kartun.

Masalah tertentu di Majalah Ujang menyebabkan mereka menerbitkan majalah baru yang lebih Islamik iaitu Varia Lawak yang kemudiannya dikenali sebagai LANUN. Time di asrama dulu, senior2 selalu memetik hadith yang terdapat di dalam LANUN untuk dibacakan semasa taklim. Sekitar 2000, LANUN mula menyepi. Ramai kartunis meninggalkan majalah ini sehingga ia akhirnya tidak diterbitkan lagi. Aku jarang mendengar nama Ujang sejak hari tu.
----
Hinggalah ke satu pesta buku di PWTC pada awal 2008. Aku dan Bal terserempak dengan wajah legenda ni di gerai milik Creative. Rupanya Bro Ujang telah kembali menjadi kartunis untuk majalah Gila-Gila, tempat beliau memulakan kerjayanya dulu. Terasa sangat terharu dapat membeli Koleksi Aku Budak Minang yang ditandatangani sendiri oleh beliau di pesta buku tersebut. Daripada sumber-sumber di internet dan akhbar, baru la aku tau bahawa Bro Ujang telah melalui hidup yang sangat perit sejak majalah LANUN tidak diterbitkan lagi.
----
Tapi, bila memantau perkembangan terkini beliau di laman web http://www.ujangonline.com/, aku tau Bro Ujang sedang dalam perjalanan untuk kembali naik. Selain tu, kita semua juga boleh melayari lama web http://thederhakastudent.multiply.com/ untuk mengetahui perkembangan beliau sebagai organizer untuk aktiviti memancing di Tasik Kenyir. Semoga dugaan yang dihadapi oleh Bro Ujang dapat menjadikan beliau sorang yang lebih tough. Harap dapat sekali lagi membaca karya agung daripada Bro Ujang. There are a lot of other cartoonist that I knew, but no one is as great as Ujang. May Allah bless his future...
----
~AKU BUDAK MINANG~

Sunday, May 31, 2009

Sotong Cili Padi

Ketika aku masih lagi sorang pelajar universiti, ada sebuah warung berdekatan dengan kampus yang menjadi tumpuan aku dan kawan2... warung ni dipanggil Student Corner. Kami gemar ke sini sebab harga makanan yang murah dengan kuantiti yang banyak. Waktu zaman-zaman sengkek dahulu, kami akan berkunjung ke warung tersebut untuk order nasi putih saja. Lauk akan dikongsi sama2 supaya dapat berjimat. Maklum la, student memang selalu pokai.


Antara masakan kegemaran aku di warung ni adalah sotong cili padi. Tiap2 kali aku makan, memang takkan cukup air nak meneutralkan kepedasan tu, tapi aku tak pernah insaf. Hehe.. Aku terus jadi penggemar setia masakan ni. Hari ni, dah pun hampir 3 tahun sejak kali terakhir makan sotong cili padi di situ. Disebabkan aku "terkenang semasa dulu", jom share resipi sotong cili padi ni sama2. Aku terjumpa di sebuah laman web resipi. Mana tau, satu hari nanti kita semua akan tergerak hati nak memasak.






Ingredient:
300 gm sotong (saiz sotong ikut taste masing2)
30 tangkai cili padi (blended)
2 cm kunyit hidup (ditumbuk dahulu)
2 ulas bawang merah
2 labu bawang besar (hiris)
2 tangkai cili merah (hiris)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


----

How To Prepare:
1. Panaskan minyak terlebih dahulu. Tumis cili padi, kunyit dan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar dan cili merah yang telah dihiris halus.
3. Kemudian masukkan sotong dan biarkan seketika.
4. Tambahkan air asam jawa, gula dan garam.

----

Amaran:
Sediakan satu jag air untuk meneutralkan kepedasan. Hehehe...

Favourite Philosophies

~Got these meaningful philosophies from a mate, and hope it can revive the strength in our heart
----
A man with one watch knows what time it is,
A man with two watches is never quite sure
----
Don't look where you fall,
But where you slipped
----
People may doubt what you say,
But they will believe what you do
----
Be nice to people on your way up,
Because you will need them on your way down
----
Never Explain,
Your friends do not need it
And your enemies will not believe it
----
While seeking revenge, dig two graves,
One for yourself
----
Courage is not a lack of fear,
But the ability to act while facing fear
----
You've got to do your own growing,
No matter how tall your father was
----
Time you enjoyed wasting,
Was not wasted
----
The best way to predict your future,
Is to create it

Monday, May 25, 2009

Riadah Bermisi

Selepas beberapa lama tak dapat bersukan dan beriadah, aku akhirnya dapat meluangkan sejam setiap hari untuk bersukan. Misi untuk mengurangkan berat badan mesti diteruskan by hook or by crook... Semangat ni! Hehe... Aku agak beruntung sebab office mate ajak bermain squasy setiap selasa. Selain squasy, kami juga berselang-seli main pingpong. Main squasy memang memenatkan, apa lagi untuk orang baru macam aku yang main semata-mata untuk keluarkan peluh; nak menang jauh sekali.. Hehe... Tapi dalam pingpong rasanya masih ada harapan untuk berpeluh dan menang... Hehe...


Pada hari-hari lain selain hari Selasa, aku meluangkan masa untuk jogging di kompleks sukan di bandar baru bangi. Ramai jugak orang ramai yang jogging di sini, jadi bersemangat la juga nak teruskan jogging tu walaupun kadang2 sangat penat. Maklumlah, badan aku macam kereta yang dah 5 tahun tak bergerak. Bila sekali nak bergerak, kemain seksa lagi. Hehe... Bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga aku habiskan sekitar 5 round trek tu setiap kali jogging.
----
Hari ni, aku sampai lewat sekitar 6.30 petang. Nak berjogging di trek balapan nampak tak berbaloi. Jadi aku menukar lokasi ke court basketball yang terletak betul2 di pintu masuk kompleks sukan ni. Terdapat beberapa orang adik2 sedang main passing2 bola ragbi di court tersebut. Aku pun mulakan jogging di court tu setakat 5-6 pusingan since masa pun dah lewat.--
----
Tiba2 aku terpandang tiang basketball tu. Agak sayu mata memandang since aku pun sorang basketball player. Akibat vandalisme pihak tertentu, ring tiang basketball tu dah lenyap. Tak tau la siapa yang hebat sangat buat slamdunk kat situ, tapi yang nyata tiang di kedua-dua belah court telah rosak dan tak boleh digunakan lagi. Sayang sekali. Patutnya masyarakat kita kena lebih berkesedaran menjaga harta benda awam sebab semua orang pun ada hak untuk menggunakannya. Harap satu hari nanti, court ni akan dapat digunakan seperti biasa.

Thursday, May 21, 2009

Bila Air Bukan Lagi Penghilang Dahaga

Renungkan video di bawah... Allah berkuasa melakukan apa saja dalam sekelip mata... walaupun tar jalan tu sangat tebal.

Wednesday, May 20, 2009

A Very Touching Short Story From A Friend (Part 3)

A very touching short story from a friend (Part 3)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.

YA ALLAH,Nisa, maafkan Abg Nisa.

Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh di kakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis



"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA”.



Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir. Seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya.

Apabila Zakri meletakkan kembar di sisi ibunya, mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.

Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan

..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....
----


Akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih.

Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa!!!!

Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sama2 la kita ambil pengajaran dari kisah ni... Mungkin kisah benar yang memang pernah berlaku...

A Very Touching Short Story From A Friend (Part 2)

A very touching short story from a friend (Part 2):



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan dihantukkannya kepala Nisa ke dinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.

"YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2..."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak- esak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah kafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan Cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah di tahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.

Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya.

Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang...
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar- benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..


Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi.

Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang........Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka.... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in Cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin..

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa ...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama di samping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang- kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang
kembar kita.

Comel anak kita bang....Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang.. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Bersambung di Part 3

A Very Touching Short Story From A Friend (Part 1)

A very touching short story from a friend:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aduh.....sakitnyer...isk..... aduuh.... Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena di hati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas di pipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran.... "Come on Nisa u can do it...once more...." Kata perangsang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa, u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.


Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri. "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan- bukan,Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.

"ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan, macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ Bersambung ke part 2

Monday, May 11, 2009

Lawak Maksimum...

Mari release tension:

Sunday, May 10, 2009

Mengatasi Kepenatan Mengikut Sunnah

(Kindly contributed by Mrs Rohani)

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali binAbu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.

"Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.

"Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)" Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Saturday, April 25, 2009

Kem Cangkat Budaya

Kem Cangkat Budaya (KCB) sudah hampir siap sepenuhnya untuk menerima kunjungan kumpulan-kumpulan yang berminat untuk berkhemah. Aku bersyukur kerana usaha kuat kami semua akhirnya berjaya dilengkapkan dengan baik dan kem tersebut dapat dijadikan tempat perkhemahan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kem yang lengkap dengan kemudahan asas ni adalah sesuai untuk sesiapa yang ingin belajar tentang asas-asas ilmu survival pada kos yang sangat rendah. Boleh dikatakan kami sangat tidak "business-minded" sebaliknya cuma ingin berkongsi keseronokan dan sedikit ilmu yang dimiliki.


Sekitar lima tahun yang lalu, KCB adalah dusun persendirian dan sama sekali tidak pernah terfikir untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah tapak perkhemahan. Ketika krew mula-mula ditubuhkan, kami adalah sekumpulan pelajar yang "sengkek" dan sama sekali tidak mempunyai duit untuk menjalankan perkhemahan di tempat-tempat yang indah seperti hutan-hutan lipur dan pantai-pantai. Oleh itu, hasil permuafakatan kami semua, akhirnya perkhemahan asas dapat dijalankan di kawasan yang akhirnya menjadi KCB pada hari ni.



Memandangkan kami ketika tu amat menekankan pengetahuan dan kemahiran, kami tak sempat untuk membangunkan kawasan tersebut. Dari hari itu hingga ke hari ni, krew telah menjalankan perkhemahan sebanyak 5 kali di kawasan ini sehingga KCB dapat dilengkapkan sedikit demi sedikit. Bermula dengan meletakkan mangkuk tandas sahaja (sebagai batu asas.. Hehe..), hari ini KCB telah mempunyai dua tandas, dua bilik mandi, sebuah dewan terbuka, dapur tetap, tapak perhimpunan dan tapak perkhemahan yang teratur.

Walaupun KCB adalah kem yang kecil dan ringkas, tapi ini adalah satu-satunya harta krew yang amat berharga. Di sini, kami boleh menjalankan aktiviti dengan gembira tanpa perlu berfikir tentang kos dan peralatan, kerana di KCB semuanya telah tersedia. Semoga selepas ni, kegembiraan di KCB akan dapat dikongsi dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Ahli-ahli krew nampaknya telah siap sedia untuk berkongsi ilmu yang ada dan memeriahkan setiap perkhemahan yang bakal dijalankan, insyaAllah.

Wednesday, April 22, 2009

Moga Jodoh Berpanjangan Untuk Fikri


Fikri dengan motor baru time singgah di rumah aku sekitar November tahun lalu


Kesibukan di tempat kerja dan masalah yang tidak surut menyebabkan aku terlupa untuk mengirim post ni yang sepatutnya telah berada dalam blog ni sebulan yang lalu. Aku harap masih belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada lifetime-ally aku, Encik Mohd Fikri bin Rusni yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman hidupnya, Puan Rahayu binti Rahim melalui akad nikah pada 25 Januari 2009 yang lalu.


Semoga berbahagia selalu


Kenduri di sebelah pengantin perempuan di Kelantan telah diadakan pada 26 Januari 2009. Aku tak dapat hadir kerana ada komitmen keluarga. Kenduri di sebelah pengantin lelaki pula diadakan di Kuala Nerang, Kedah pada 19 Mac lalu semasa cuti sekolah. Aku memohon berbanyak-banyak maaf kepada Fikri kerana tidak dapat hadir juga memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis dan aku bekerja pada tarikh tu.------------------

Semalam, aku sempat berSMS dengan Fikri. Agak sedih apabila dia memberitahu dia dan isteri mengalami dugaan yang agak berat. Aku berharap Fikri dan isterinya banyak-banyak bersabar atas dugaan ni. Aku dan semua kawan-kawan mendoakan semoga selepas ni Fikri akan dikurniakan ramai anak yang soleh dan solehah, insyaAllah. Doa the whole crew untuk keluarga Mr. Fikri, our brotherhood will never ends..

Wednesday, April 15, 2009

Kisah Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar sering dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan perlindungan diri. Bagaimanakah ayat ini boleh dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar? Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir a.s. Dalam mimpi tersebut, Nabi Khaidhir a.s. memerintahkan pedagang tersebut untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama, pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang tersebut adalah mimpi yang benar. Atas keyakinan tersebut, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khaidhir a.s. sekali lagi. Kali ini, Nabi Khaidhir mengajarkan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Sejak itu, pedagang tersebut sentiasa mengamalkan ayat berkenaan.

Setelah beberapa lama, pedagang tersebut berlayar merentasi laut untuk pergi berdagang di tempat yang jauh. Dalam pelayaran tersebut, kapal pedagang tersebut dilanda taufan yang sangat dahsyat. Pedagang tersebut hanya mampu bertawakkal kepada Allah s.w.t. sambil membaca ayat yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir a.s. dengan tidak berhenti-henti. Taufan itu sama sekali memusnahkan kapal tersebut menyebabkan kesemua penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut. Apabila taufan itu telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang sama sekali tidak rosak. Pedagang itu mengucapkan syukur ke hadhrat Allah dan menginsafi fadhilat ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Pedagang tersebut meneruskan aktiviti perdagangannya dengan penduduk negeri tersebut sambil terus mengamalkan membaca ayat 2-3 Surah At-Talaq tersebut, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya yang menyebabkan ayat yang diajar oleh Nabi Khaidhir a.s. itu digelar ayat 1000 dinar.




Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Sunday, April 12, 2009

Kursus Tanaman Pokok Jarak Bionas

Alhamdulillah, selepas merancang beberapa lama, akhirnya hari ni aku dapat mengikuti kursus tanaman pokok jarak (jatropha curcas) bersama dengan abah yang sangat berminat untuk melibatkan diri dalam perusahaan pokok jarak ni. Pendaftaran telah dibuat sejak dua minggu lepas secara online. Hari ni, kami bertolak kira-kira jam 7.45 pagi dan sampai di Hotel Grand Season, KL iaitu lokasi kursus ini kira-kira jam 8.30 pagi. Kursus ni adalah anjuran Bionas, sebuah syarikat bumiputera yang berpusat di Kampung Baru, KL. Kami menerima sebuah fail berisi hand-out kursus, tag nama, pen dan borang pendaftaran untuk perusahaan tanaman jarak ni. Para peserta nampaknya daripada pelbagai lapisan masyarakat, sama-sama tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang konsep sebenar penanaman pokok jarak.

Pokok jarak adalah pokok yang dapat menghasilkan minyak, di mana minyak ni boleh diadun bersama diesel untuk menghasilkan biodiesel. Di negara-negara barat, penggunaan biodiesel semakin popular kerana ia lebih mesra alam dan mengelakkan pencemaran. Pokok ini telah ditanam dengan meluas di Indonesia dan India, tetapi penggunaan sistem yang tidak tepat menyebabkan tanaman jarak di negara tersebut tidak dapat dikembangkan seperti yang dirancang. Di Malaysia, pokok jarak amat mudah tumbuh danjarang dipedulikan oleh kita semua selama ni. Tak sorang pun tau pokok hutan tersebut mempunyai nilai komersil yang tinggi selain mempunyai khasiat2 lain seperti ubat, penghalau nyamuk dan sebagainya.



Puan Zurina sedang memberikan penerangan kepada para peserta kursus


CEO Bionas, Puan Zurina memulakan sesi kira-kira jam 9.30 pagi. Penyampaian beliau boleh dikira berkesan dan sarat dengan info menyebabkan takde langsung rasa nak tidur. Pelbagai fakta dan pengalaman dimuatkan dalam pembentangan tersebut terutamanya tentang pengalaman2 yang telah dilalui oleh Bionas sejak ditubuhkan lebih setahun yang lalu. Bionas menekankan visi dan misi mereka untuk membantu rakyat miskin yang masih ramai pada masa ini terutamanya di Sabah dan Sarawak. Selain itu, Bionas mengambil bekas pelatih pusat serenti dan golongan OKU untuk menjadi pekerja di ladang jarak milik mereka. Aku tak menyangka ada syarikat yang sangat komited untuk membangunkan ekonomi golongan yang terpinggir seperti yang disebutkan di atas. Selama ni, bila ada syarikat yang cuba mempromosikan tanaman mereka, hampir semuanya ingin mempergunakan para penanam untuk mendapat keuntungan segera, namun Bionas menunjukkan fenomena yang berbeza.


Pokok dan buah jarak yang menjadi sumber biodiesel

Apa yang amat dikagumi, Bionas bersedia meredah jalan balak untuk meluaskan penanaman pokok jarak di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah. Sangat sukar untuk mendengar sebuah syarikat berusaha sedaya upaya untuk meluaskan perniagaan hingga sanggup ke kawasan pedalaman bagi membolehkan rakyat luar bandar meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan mengusahakan tanah-tanah yang selama ini terbiar. Sepanjang pembentangan daripada pagi hingga ke petang itu, keyakinan aku semakin meningkat terhadap potensi tanaman jarak dan kesungguhan Bionas untuk membantu orang ramai. Aku sangat bersetuju dengan Puan Zurina, berapa kaya yang kita hendak jadi kaya..? Selain memikirkan tentang keuntungan diri sendiri, kita juga perlu berfikir tentang orang lain. Dalam satu rantaian perniagaan, bukan kita sorang yang ingin untung. Tak salah jika kita membantu orang lain untuk turut untung bersama-sama dengan kita, sekaligus membentuk jaringan perniagaan yang efektif.

Aku sempat berbual dengan sorang pakcik yang juga pengusaha nurseri pokok jarak Bionas di Lenga, Muar. Kalau korang pernah tengok filem Bukit Kepong suatu masa dulu, Lenga terletak berdekatan dengan Bukit Kepong kira-kira 30km dari Bandar Muar. Sangat jauh di kawasan luar bandar. Di sini, tanaman jarak masih belum diterima ramai. Tapi pakcik tadi nampaknya belum patah semangat dan bersedia untuk meneruskan perjuangan mengembangkan penanaman pokok jarak. Aku yakin, sedikit masa lagi jarak akan ditanam secara besar-besaran. Biasa la orang Melayu. Suka tunggu dan lihat. Bila dah terlambat, baru terkejar-kejar nak join. Buat masa ni, jarak ditanam secara besar-besaran melalui Bionas di Johor, Sabah dan Sarawak. Bayangkan la keluasan sebuah projek di Sarawak sahaja sudah beribu-ribu ekar. Orang Semenanjung memang susah nak bayangkan keluasan beribu-ribu ekar ni. Lima ekar pun dah terasa besar.


Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan kursus ni. Bayaran yang sedikit tinggi dirasakan berbaloi. Aku sangat menghormati visi Bionas dan tidak teragak-agak untuk sama-sama menyertai perusahaan ni kerana jelas kita akan dapat membangunkan ekonomi sendiri selain membangunkan ekonomi negara dan orang lain. Aku selalu yakin bahawa tiada "fast money" dalam hidup ni. Semuanya perlu diusahakan dengan ikhlas supaya rezeki kita diberkati. At least, Bionas telah menunjukkan jalan bagaimana untuk mendapatkan rezeki tersebut. Syabas kepada Tuan Haji Safi'e dan Puan Zurina kerana membuka minda supaya para peserta meneruskan usaha penanaman jarak ini. Dengan fakta dan info yang diberikan, aku yakin semua peserta akan meneruskan penglibatan mereka. Tahniah Bionas!