Saturday, July 25, 2009

Time Passing By...

Sedar tak sedar, post terakhir aku di blog ni adalah pada 7 Jun... dah dekat 2 bulan rupanya tak post ape2 kat sini. Time flies... Rasanya baru sekejap send post tentang Bro Ujang dan Aku Budak Minang, rupanya dah nak 2 bulan dah. 2 bulan yang sangat busy dan menghabiskan masa hidup aku. Alhamdulillah, hari ni dapat juga menulis sesuatu di blog ni.

Macam2 yang dilalui dan macam2 email yang diterima setiap hari. Tapi email yang aku dapat semalam adalah antara email yang menarik:

Pada suatu masa dulu, seorang raja menawarkan sesuatu yang sangat "grand" kepada panglima perangnya. Baginda menyuruh panglima itu menunggang kuda sejauh-jauhnya dan menawarkan setiap inci tanah yang dilalui oleh panglima itu akan dianugerahkan kepadanya. Panglima itu mula berasa tamak dan menunggang selaju-lajunya tanpa berhenti. Lagi jauh kuda bergerak, lagi luas tanah yang akan didapati.

Lama kelamaan, kuda penunggang itu mula kepenatan. Akhirnya, haiwan itu jatuh dan mati. Panglima ini meneruskan perjalanan lagi supaya mendapat tanah yang sangat luas. Malangnya, dia tak mampu untuk meneruskan perjalanan. Di situ, dia terfikir, "aku mengejar tanah yang luas, akhirnya yang kudapati hanya seluas jasadku sendiri".. Akibat terlalu penat, panglima itu akhirnya mati di situ.

Begitulah kehidupan kita. Kita terus menerus mengejar impian, mengejar kekayaan, mengejar peningkatan dalam karier. Suatu hari, apabila kita menoleh ke belakang, rupanya apa yang kita telah capai tidaklah begitu membahagiakan. Sebaliknya, kita telah kehilangan banyak peluang untuk hidup bahagia dan seadanya kerana ingin mengejar perkara-perkara duniawi.

Moga Allah tunjukkan jalan yang benar pada kita supaya kita tidak tersesat dalam mengejar impian.