Friday, September 18, 2009

Ramadhan... Berlalu Dengan Dugaan

Setahun dua ni, Ramadhan merupakan saat-saat yang sangat mencabar. Tahun lepas, pada 4 Ramadhan, abah terlibat dalam accident. Terpaksa berehat beberapa hari di hospital. Kereta kami rosak teruk. Akibat kerja sambil lewa oleh syarikat tarik kereta, hingga ke hari ni, kereta tu masih lagi belum "recover" sepenuhnya daripada kerosakan. Semuanya berlalu begitu pantas. Dari bulan Ramadhan tahun lepas hingga ke hari ini, life tetap berlalu dengan pelbagai dugaan yang kadang2 sangat menyakitkan.

Bulan Ramadhan tahun ni, aku berusaha mengejar dan mendapatkan sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang aku harapkan dapat dimiliki. Sesuatu yang aku rasa tak boleh hidup tenang tanpanya. Sesuatu yang menggembirakan life aku for the past seven months. Sepanjang bulan Ramadhan aku drive ke office... bukan kerana penat, bukan kerana nak dengar lagu2 best di dalam kereta, tapi sebab aku harap aku dapat teruskan usaha untuk mengejar ketakpastian tu. Aku buat sedaya upaya sampai aku terlupa yang aku sebenarnya dah pun memiliki sesuatu yang pasti. Aku terus hanyut dalam impian aku sendiri.

Lalu, aku pun melalui hari-hari yang hitam dan maha gelap. Aku dilibas depan dan belakang, kiri dan kanan sampai betul2 hilang semangat untuk hidup. Aku cuba mencari jalan terbaik, tapi jalan keluar seolah-olah tiada lagi. Hari demi hari, ketakpastian tu makin jauh dan makin jauh. Dan ia sangat melukakan. Akhirnya, ketakpastian tu berubah, dirampas dan dibawa pergi. Rasa macam life dah berakhir. Aku cuba memujuk hati, tapi sukarnya nak melepaskan dia pergi. Dan lagu "Pergi" buat aku hilang semua motivasi.

Aku cuba bangkit, tapi payah betul rasanya. Cuba bernafas panjang, tapi terasa sangat sakit. Cuma Dia yang ada mendengar segala rintihan dan aduan daripada hamba-Nya yang lemah dan serba kekurangan ni. Aku harap aku diberi kekuatan untuk terus berdiri. Walaupun sangat sakit apabila disuruh pergi, walaupun sangat pedih apabila tak dikehendaki, walaupun setiap inci perjalanan terasa sebak dalam hati.. Tapi biarlah semua ni cepat berlalu pergi... Berlalu pergi bersama semua memori... Wamakaru, wamakarallah, wallahu khairul makirin....

1 comment:

  1. oyaji...
    harap bersabar terhadap ape yg berlaku....
    bersyukur dengan ape yg telah kita miliki...
    dah memang lumrah kehidupan, manusia xkan puas dengan ape yg telah dimiliki....
    berbanyak ingat kat tuhan dan kembali ke pangkal jalan...
    itu sume dugaan dr tuhan terhadap hambanya,,,,,

    ReplyDelete