Sunday, April 12, 2009

Kursus Tanaman Pokok Jarak Bionas

Alhamdulillah, selepas merancang beberapa lama, akhirnya hari ni aku dapat mengikuti kursus tanaman pokok jarak (jatropha curcas) bersama dengan abah yang sangat berminat untuk melibatkan diri dalam perusahaan pokok jarak ni. Pendaftaran telah dibuat sejak dua minggu lepas secara online. Hari ni, kami bertolak kira-kira jam 7.45 pagi dan sampai di Hotel Grand Season, KL iaitu lokasi kursus ini kira-kira jam 8.30 pagi. Kursus ni adalah anjuran Bionas, sebuah syarikat bumiputera yang berpusat di Kampung Baru, KL. Kami menerima sebuah fail berisi hand-out kursus, tag nama, pen dan borang pendaftaran untuk perusahaan tanaman jarak ni. Para peserta nampaknya daripada pelbagai lapisan masyarakat, sama-sama tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang konsep sebenar penanaman pokok jarak.

Pokok jarak adalah pokok yang dapat menghasilkan minyak, di mana minyak ni boleh diadun bersama diesel untuk menghasilkan biodiesel. Di negara-negara barat, penggunaan biodiesel semakin popular kerana ia lebih mesra alam dan mengelakkan pencemaran. Pokok ini telah ditanam dengan meluas di Indonesia dan India, tetapi penggunaan sistem yang tidak tepat menyebabkan tanaman jarak di negara tersebut tidak dapat dikembangkan seperti yang dirancang. Di Malaysia, pokok jarak amat mudah tumbuh danjarang dipedulikan oleh kita semua selama ni. Tak sorang pun tau pokok hutan tersebut mempunyai nilai komersil yang tinggi selain mempunyai khasiat2 lain seperti ubat, penghalau nyamuk dan sebagainya.



Puan Zurina sedang memberikan penerangan kepada para peserta kursus


CEO Bionas, Puan Zurina memulakan sesi kira-kira jam 9.30 pagi. Penyampaian beliau boleh dikira berkesan dan sarat dengan info menyebabkan takde langsung rasa nak tidur. Pelbagai fakta dan pengalaman dimuatkan dalam pembentangan tersebut terutamanya tentang pengalaman2 yang telah dilalui oleh Bionas sejak ditubuhkan lebih setahun yang lalu. Bionas menekankan visi dan misi mereka untuk membantu rakyat miskin yang masih ramai pada masa ini terutamanya di Sabah dan Sarawak. Selain itu, Bionas mengambil bekas pelatih pusat serenti dan golongan OKU untuk menjadi pekerja di ladang jarak milik mereka. Aku tak menyangka ada syarikat yang sangat komited untuk membangunkan ekonomi golongan yang terpinggir seperti yang disebutkan di atas. Selama ni, bila ada syarikat yang cuba mempromosikan tanaman mereka, hampir semuanya ingin mempergunakan para penanam untuk mendapat keuntungan segera, namun Bionas menunjukkan fenomena yang berbeza.


Pokok dan buah jarak yang menjadi sumber biodiesel

Apa yang amat dikagumi, Bionas bersedia meredah jalan balak untuk meluaskan penanaman pokok jarak di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah. Sangat sukar untuk mendengar sebuah syarikat berusaha sedaya upaya untuk meluaskan perniagaan hingga sanggup ke kawasan pedalaman bagi membolehkan rakyat luar bandar meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan mengusahakan tanah-tanah yang selama ini terbiar. Sepanjang pembentangan daripada pagi hingga ke petang itu, keyakinan aku semakin meningkat terhadap potensi tanaman jarak dan kesungguhan Bionas untuk membantu orang ramai. Aku sangat bersetuju dengan Puan Zurina, berapa kaya yang kita hendak jadi kaya..? Selain memikirkan tentang keuntungan diri sendiri, kita juga perlu berfikir tentang orang lain. Dalam satu rantaian perniagaan, bukan kita sorang yang ingin untung. Tak salah jika kita membantu orang lain untuk turut untung bersama-sama dengan kita, sekaligus membentuk jaringan perniagaan yang efektif.

Aku sempat berbual dengan sorang pakcik yang juga pengusaha nurseri pokok jarak Bionas di Lenga, Muar. Kalau korang pernah tengok filem Bukit Kepong suatu masa dulu, Lenga terletak berdekatan dengan Bukit Kepong kira-kira 30km dari Bandar Muar. Sangat jauh di kawasan luar bandar. Di sini, tanaman jarak masih belum diterima ramai. Tapi pakcik tadi nampaknya belum patah semangat dan bersedia untuk meneruskan perjuangan mengembangkan penanaman pokok jarak. Aku yakin, sedikit masa lagi jarak akan ditanam secara besar-besaran. Biasa la orang Melayu. Suka tunggu dan lihat. Bila dah terlambat, baru terkejar-kejar nak join. Buat masa ni, jarak ditanam secara besar-besaran melalui Bionas di Johor, Sabah dan Sarawak. Bayangkan la keluasan sebuah projek di Sarawak sahaja sudah beribu-ribu ekar. Orang Semenanjung memang susah nak bayangkan keluasan beribu-ribu ekar ni. Lima ekar pun dah terasa besar.


Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan kursus ni. Bayaran yang sedikit tinggi dirasakan berbaloi. Aku sangat menghormati visi Bionas dan tidak teragak-agak untuk sama-sama menyertai perusahaan ni kerana jelas kita akan dapat membangunkan ekonomi sendiri selain membangunkan ekonomi negara dan orang lain. Aku selalu yakin bahawa tiada "fast money" dalam hidup ni. Semuanya perlu diusahakan dengan ikhlas supaya rezeki kita diberkati. At least, Bionas telah menunjukkan jalan bagaimana untuk mendapatkan rezeki tersebut. Syabas kepada Tuan Haji Safi'e dan Puan Zurina kerana membuka minda supaya para peserta meneruskan usaha penanaman jarak ini. Dengan fakta dan info yang diberikan, aku yakin semua peserta akan meneruskan penglibatan mereka. Tahniah Bionas!

4 comments:

  1. "Biasa la orang Melayu. Suka tunggu dan lihat. Bila dah terlambat, baru terkejar-kejar nak join."

    Hehe... macam projek lintah, cacing, kondo ketam dsb... yang kena tipu org melayu gak. Berapa ringgit dia offer nak beli balik sekilo buah jarak? RM1.05? Tahu tak harga pasaran sekarang? 30 sen! Berapa ringgit dia jual anak pokok? RM 3? Jarak tanam pakai benih la, sekilo ada beratus bijik.
    Pakai le common sense sket... lagi satu scam in the making.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guarantee buy back of harvests at US$260 - US$400 per ton. Daripada saling menuduh, baik tuan/puan sendiri pergi seminar dan dengar atau buat research dan pergi ke pejabat sendiri bertanya. Takkan tak nak orang Melayu sama-sama berjaya?

      BTW, projek latest mereka adalah di Indonesia. Mereka merajuk dgn kerajaan Malaysia sbb tak support produk yang boleh membantu alam sekitar.

      Delete