Sekarang aku lebih selesa dengan life baru sebagai rider. Tak perlu lagi mandi dan solat Subuh terkejar-kejar untuk memastikan aku dapat naik komuter jam 6.30 pagi atau 6.50 pagi di Bangi. Sekarang, aku dapat mandi dan solat Subuh dengan tenang dan keluar rumah selewat-lewatnya jam 7 pagi. Tak perlu racing dan speeding, cuma perlu ride dengan kelajuan kira-kira 70km/j, aku akan sampai di office dalam jam 7.50 pagi.
Waktu petang, tak perlu lagi beratur panjang untuk naik monorel atau LRT. Tak perlu lagi bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk mendapatkan ruang dalam tren. Motorsikal pun mendapat parking yang selamat dengan kos hanya 50 sen sehari. Tak perlu lagi memikirkan tol dan kos minyak yang tinggi. Hanya RM5 diperlukan untuk 1.5 perjalanan pergi balik ke KL. Sangat menjimatkan berbanding lebih RM250 yang aku belanjakan sebulan untuk menaiki tren.
Risiko yang perlu difikirkan memang banyak. Hujan, tiub tayar bocor, risiko kemalangan tinggi dan macam-macam lagi. Aku tak menafikan semua cabaran ni. Memang dah berkali-kali kena hujan terutamanya dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni. Awal bulan ni dah berbelanja sikit untuk membeli baju hujan yang agak berkualiti selain menambah box di belakang motor. Box dengan kapasiti 23 liter ni memang banyak membantu terutamanya semasa hujan untuk melindungi beg kerja daripada basah.
Buat pertama kali sejak aku ride, tayar motor aku bocor pada Isnin lepas. Maybe tiub tu dah terlalu nipis dan akhirnya bocor sendiri. Alhamdulillah aku tak menghadapi kesukaran sebab ada kedai motor berhampiran dengan office aku. Tauke kedai tu pun sangat peramah dan cuma mintak bayaran RM10 je lepas service motor aku. Kira murah la tu kat tengah2 KL ni. Anyway, aku mula mengumpul duit untuk membeli tayar tubeless supaya kemungkinan untuk bocor tu dapat dikurangkan lagi. Memang mahal sikit sebab rim pun perlu ditukar kepada sport rim, maybe dalam bulan Mei aku akan dapat beli..
Risiko kemalangan memang susah nak dipisahkan dengan rider. Laluan aku ke office dikira berisiko tinggi sebaik saja melepasi Tol Sungai Besi. Jalan yang sentiasa sesak biasanya akan dirumitkan lagi dengan sikap sesetengah pemandu kenderaan yang suka menukar lane secara tiba-tiba termasuklah pemandu lori. Ramai yang langsung tidak memberikan apa2 signal. Keadaan akan menjadi bertambah teruk apabila memasuki Jalan Tun Razak kerana jalan di situ sangat sempit. Perlu sangat berhati-hati menunggang di sini sebab kenderaan memenuhi jalan. Keadaan menjadi lebih baik dan tenang bila aku tiba di depan Konsulat Indonesia, terus hingga ke office.
Buat masa ni, aku happy menjadi rider semula. Meskipun berisiko, hidup jadi lebih tenang dan aku dapat mengatur masa dengan lebih efektif. Moga hari-hari mendatang akan jadi lebih baik dan menggembirakan. :)
safe journey bro..
ReplyDeleteTu la sis... moga Allah lindungi perjalanan aku.. :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletejgn jadik ghost rider,sudey..;p
ReplyDeletehehe... insyaAllah.... tapi "berapi" jugak la kepala tengok gelagat driver kereta ni. :)
ReplyDelete