Aku tak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri di SMJB memandangkan ramai kawan2 sekolah rendah yang sama2 belajar di situ. Aku ditempatkan di kelas Setia dengan Puan Aminah sebagai guru kelas. Walaupun SMJB adalah sekolah harian, di sini aku belajar banyak perkara daripada kawan2 terutamanya tentang semangat setiakawan dan kematangan hidup. Mungkin mereka tidak secemerlang pelajar2 sekolah asrama, tapi mereka semua jujur dalam hidup dan mereka sangat menghargai kawan2.
Aku sempat menyertai Pengakap di sekolah ini dan mengikuti perkhemahan asas yang dianjurkan oleh senior2. Senior seperti Mr Johan dan Mr Hallaj mengajar aku banyak ilmu kepengakapan yang tak pernah aku pelajari sebelum ni. Walaupun Mr Johan yang berada di tingkatan 4 hanya memegang lencana Usaha, ilmu yang diajar ternyata lebih daripada apa yang terdapat di dalam buku. Aku tau dia sangat berpotensi, cuma tak berpeluang untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi.
Aku ditawarkan menjadi Pengawas selepas sebulan memasuki sekolah, tapi aku menolak dengan baik. Ada beberapa alasan di sini. Pertama, Pengawas di sekolah ni memakai baju biru dengan seluar putih. Maksudnya aku perlu membeli uniform sekolah baru sepenuhnya berbanding uniforn sedia ada iaitu baju putih dan seluar hijau. Nampak seperti agak kurang menguntungkan. Kedua, Pengawas perlu berkawal semasa waktu rehat padahal waktu itulah aku dengan kawan2 berborak panjang tentang macam2 hal. Ish... tak mampu aku nak berkawal sambil tengok kawan2 bergembira.
Di sini, pembabitan aku dalam pasukan ragbi berterusan dengan Abang Manap sebagai jurulatih. Ada ramai super senior yang datang membantu kami berlatih. Walaupun aku bukan star player, aku sangat happy bermain dengan team ni. Di sini, kami bermain 10-a-side yang memerlukan stamina yang agak lebih. Aku masih bermain di posisi prop. Dalam tournament daerah di High School Kajang, kami menduduki tempat kedua. Cukup la untuk pasukan baru seperti kami semua. Yang penting brotherhood as a team.
Tiba2 aku diminta menyertai pasukan Kuiz Sains sekolah yang akhirnya dapat menyertai peringkat akhir di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan, time kuiz sedang berlangsung dan 4 pasukan peringkat akhir berada di atas pentas, aku mengangkat tangan untuk pergi tandas. Tak tahan nak buang air la beb... Hehe... satu dewan gelak. First time peserta gi toilet time kuiz berjalan. Hehe.. Alhamdulillah, kami dapat menjadi juara Selangor untuk kuiz tersebut. At least, aku jawab soalan betul. Hehe... megah pulak.
Di sebalik semua benda yang happening dan menggembirakan, tahun 1999 juga ada membawa kesedihan. Rumah aku dilanda banjir kilat setinggi 5 kaki, paling buruk pernah berlaku sepanjang kami duduk di situ. Aku dan Abah terpaksa mendukung kakak aku yang kerana air naik terlalu tinggi. Aku cuma mampu mencampak CPU dan monitor ke atas katil double decker dengan harapan benda2 tu akan selamat. Banyak harta benda terutamanya bahan bacaan dan alatan elektrik yang rosak. Alhamdulillah, komputer aku masih dapat berfungsi.
Kami terpaksa berpindah sementara ke kampung untuk melakukan ubahsuai terhadap rumah tu supaya lebih tahan menghadapi banjir. Pihak sekolah dengan murah hati melancarkan derma kilat untuk meringankan beban aku sekeluarga. Sangat terharu. Beberapa minggu sebelum itu, aku naik ke pentas menerima sijil, sekarang aku menerima derma. Think back about it, this school really teach me so many things. Tak mampu nak lupakan.
Aku mendapat keputusan yang bagus dalam PMR dan mengambil keputusan untuk menerima tawaran masuk MRSM selepas melihat sorang demi sorang kawan2 meninggalkan sekolah untuk ke sekolah teknik dan sebagainya. I feel so empty and I decided to leave too. No matter how it ends, 1999 is always the best year in my life, which I feel very close to my heart. All the best SMJB.
sebelah philip tu sape ek?;p
ReplyDeleteIt should be ghost, because Phillip is not even in the picture... Hehehe... This is 3 Setia class picture...
ReplyDeletewrong class..oppps!(slalu ckp ni mase kat skolah dl)
ReplyDelete