Sunday, March 29, 2009

Majlis Perkahwinan Azim Haji Ahmad @ Thojim

Aku agak lewat memasukkan post mengenai majlis perkahwinan ni atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. Walaupun dah lebih sebulan berlalu, harap2 belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Mr Azim Haji Ahmad @ Thojim yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Nanding, Sungai Serai, Hulu Langat pada 22 Februari yang lepas. Thojim adalah rakan Ex-Jasin yang sama2 bermain ragbi untuk maktab suatu ketika dulu. Can be considered as one of my closest mate.



Di majlis yang meriah ni, aku berkesempatan berjumpa dengan kawan2 lama Ex-Jasin seperti K-rox, Taper, Faya, Anna Mastura. Ada juga rakan Ex-Terendak iaitu Najib yang suatu masa dulu pernah berpengakap sama2 di Kem Pengakap Puan Tan Chay Yan dan di Kem Tamby Chik Karim. Aku datang dengan Arip, Aji Fard, Bal dan Zaizul kira-kira jam 12.30 tengah hari. Makan terlebih dahulu sementara menunggu pengantin yang bakal tiba selepas Zuhur.

Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan silat daripada masyarakat setempat. Mujurlah surau terletak bersebelahan dengan dewan, mudahlah kitorang solat Zuhur. Selepas solat, kami sempat bergambar dengan Thojim & isterinya. Walaubagaimanapun, gambar tu sampai sekarang tak dapat lagi sebab Arip tak nak bagi. Hehe... Jadi aku masukkan la gambar ni dulu sementara aku dapat gambar yang ada muka aku sendiri. Aku mendoakan semoga perkahwinan Thojim berkekalan dan berbahagia selalu. Semoga karier sebagai Jurutera di Sime Engineering juga akan dipermudahkan. InsyaAllah.

Saturday, March 28, 2009

Memori 10 Tahun Lepas

Sekarang aku dah pun berada di akhir bulan Mac tahun 2009. Tiba2 fikiran aku melayang ke 10 tahun lepas. Masa memang berlalu dengan sangat pantas. 10 tahun lepas, aku masih lagi seorang pelajar tingkatan 3 di SMJB. Aku cuma belajar setahun di sekolah tu, tapi susah nak melupakan sebab tempat tu memberikan banyak kenangan manis untuk aku. It's the school where I belong, where I got a lot of true friends, a lot of great achievement and a lot of good memories.

Aku tak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri di SMJB memandangkan ramai kawan2 sekolah rendah yang sama2 belajar di situ. Aku ditempatkan di kelas Setia dengan Puan Aminah sebagai guru kelas. Walaupun SMJB adalah sekolah harian, di sini aku belajar banyak perkara daripada kawan2 terutamanya tentang semangat setiakawan dan kematangan hidup. Mungkin mereka tidak secemerlang pelajar2 sekolah asrama, tapi mereka semua jujur dalam hidup dan mereka sangat menghargai kawan2.



Aku sempat menyertai Pengakap di sekolah ini dan mengikuti perkhemahan asas yang dianjurkan oleh senior2. Senior seperti Mr Johan dan Mr Hallaj mengajar aku banyak ilmu kepengakapan yang tak pernah aku pelajari sebelum ni. Walaupun Mr Johan yang berada di tingkatan 4 hanya memegang lencana Usaha, ilmu yang diajar ternyata lebih daripada apa yang terdapat di dalam buku. Aku tau dia sangat berpotensi, cuma tak berpeluang untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi.

Aku ditawarkan menjadi Pengawas selepas sebulan memasuki sekolah, tapi aku menolak dengan baik. Ada beberapa alasan di sini. Pertama, Pengawas di sekolah ni memakai baju biru dengan seluar putih. Maksudnya aku perlu membeli uniform sekolah baru sepenuhnya berbanding uniforn sedia ada iaitu baju putih dan seluar hijau. Nampak seperti agak kurang menguntungkan. Kedua, Pengawas perlu berkawal semasa waktu rehat padahal waktu itulah aku dengan kawan2 berborak panjang tentang macam2 hal. Ish... tak mampu aku nak berkawal sambil tengok kawan2 bergembira.

Di sini, pembabitan aku dalam pasukan ragbi berterusan dengan Abang Manap sebagai jurulatih. Ada ramai super senior yang datang membantu kami berlatih. Walaupun aku bukan star player, aku sangat happy bermain dengan team ni. Di sini, kami bermain 10-a-side yang memerlukan stamina yang agak lebih. Aku masih bermain di posisi prop. Dalam tournament daerah di High School Kajang, kami menduduki tempat kedua. Cukup la untuk pasukan baru seperti kami semua. Yang penting brotherhood as a team.

Tiba2 aku diminta menyertai pasukan Kuiz Sains sekolah yang akhirnya dapat menyertai peringkat akhir di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan, time kuiz sedang berlangsung dan 4 pasukan peringkat akhir berada di atas pentas, aku mengangkat tangan untuk pergi tandas. Tak tahan nak buang air la beb... Hehe... satu dewan gelak. First time peserta gi toilet time kuiz berjalan. Hehe.. Alhamdulillah, kami dapat menjadi juara Selangor untuk kuiz tersebut. At least, aku jawab soalan betul. Hehe... megah pulak.

Di sebalik semua benda yang happening dan menggembirakan, tahun 1999 juga ada membawa kesedihan. Rumah aku dilanda banjir kilat setinggi 5 kaki, paling buruk pernah berlaku sepanjang kami duduk di situ. Aku dan Abah terpaksa mendukung kakak aku yang kerana air naik terlalu tinggi. Aku cuma mampu mencampak CPU dan monitor ke atas katil double decker dengan harapan benda2 tu akan selamat. Banyak harta benda terutamanya bahan bacaan dan alatan elektrik yang rosak. Alhamdulillah, komputer aku masih dapat berfungsi.

Kami terpaksa berpindah sementara ke kampung untuk melakukan ubahsuai terhadap rumah tu supaya lebih tahan menghadapi banjir. Pihak sekolah dengan murah hati melancarkan derma kilat untuk meringankan beban aku sekeluarga. Sangat terharu. Beberapa minggu sebelum itu, aku naik ke pentas menerima sijil, sekarang aku menerima derma. Think back about it, this school really teach me so many things. Tak mampu nak lupakan.

Aku mendapat keputusan yang bagus dalam PMR dan mengambil keputusan untuk menerima tawaran masuk MRSM selepas melihat sorang demi sorang kawan2 meninggalkan sekolah untuk ke sekolah teknik dan sebagainya. I feel so empty and I decided to leave too. No matter how it ends, 1999 is always the best year in my life, which I feel very close to my heart. All the best SMJB.

Thursday, March 26, 2009

Kembali Menjadi Rider..

Selepas setahun menjadi penumpang tetap komuter, LRT dan monorel, aku kembali menjadi seorang "rider" untuk tahun 2009 ni. Kembali menyelit dan mencelah di antara kereta, lori dan bas yang memenuhi jalanraya di KL ni. Mungkin perubahan ni boleh juga dipanggil sebagai anjakan paradigma. Yang penting, aku happy dapat menjadi rider semula.


Sekarang aku lebih selesa dengan life baru sebagai rider. Tak perlu lagi mandi dan solat Subuh terkejar-kejar untuk memastikan aku dapat naik komuter jam 6.30 pagi atau 6.50 pagi di Bangi. Sekarang, aku dapat mandi dan solat Subuh dengan tenang dan keluar rumah selewat-lewatnya jam 7 pagi. Tak perlu racing dan speeding, cuma perlu ride dengan kelajuan kira-kira 70km/j, aku akan sampai di office dalam jam 7.50 pagi.

Waktu petang, tak perlu lagi beratur panjang untuk naik monorel atau LRT. Tak perlu lagi bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk mendapatkan ruang dalam tren. Motorsikal pun mendapat parking yang selamat dengan kos hanya 50 sen sehari. Tak perlu lagi memikirkan tol dan kos minyak yang tinggi. Hanya RM5 diperlukan untuk 1.5 perjalanan pergi balik ke KL. Sangat menjimatkan berbanding lebih RM250 yang aku belanjakan sebulan untuk menaiki tren.



Risiko yang perlu difikirkan memang banyak. Hujan, tiub tayar bocor, risiko kemalangan tinggi dan macam-macam lagi. Aku tak menafikan semua cabaran ni. Memang dah berkali-kali kena hujan terutamanya dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni. Awal bulan ni dah berbelanja sikit untuk membeli baju hujan yang agak berkualiti selain menambah box di belakang motor. Box dengan kapasiti 23 liter ni memang banyak membantu terutamanya semasa hujan untuk melindungi beg kerja daripada basah.

Buat pertama kali sejak aku ride, tayar motor aku bocor pada Isnin lepas. Maybe tiub tu dah terlalu nipis dan akhirnya bocor sendiri. Alhamdulillah aku tak menghadapi kesukaran sebab ada kedai motor berhampiran dengan office aku. Tauke kedai tu pun sangat peramah dan cuma mintak bayaran RM10 je lepas service motor aku. Kira murah la tu kat tengah2 KL ni. Anyway, aku mula mengumpul duit untuk membeli tayar tubeless supaya kemungkinan untuk bocor tu dapat dikurangkan lagi. Memang mahal sikit sebab rim pun perlu ditukar kepada sport rim, maybe dalam bulan Mei aku akan dapat beli..

Risiko kemalangan memang susah nak dipisahkan dengan rider. Laluan aku ke office dikira berisiko tinggi sebaik saja melepasi Tol Sungai Besi. Jalan yang sentiasa sesak biasanya akan dirumitkan lagi dengan sikap sesetengah pemandu kenderaan yang suka menukar lane secara tiba-tiba termasuklah pemandu lori. Ramai yang langsung tidak memberikan apa2 signal. Keadaan akan menjadi bertambah teruk apabila memasuki Jalan Tun Razak kerana jalan di situ sangat sempit. Perlu sangat berhati-hati menunggang di sini sebab kenderaan memenuhi jalan. Keadaan menjadi lebih baik dan tenang bila aku tiba di depan Konsulat Indonesia, terus hingga ke office.

Buat masa ni, aku happy menjadi rider semula. Meskipun berisiko, hidup jadi lebih tenang dan aku dapat mengatur masa dengan lebih efektif. Moga hari-hari mendatang akan jadi lebih baik dan menggembirakan. :)

Saturday, March 14, 2009

Kesusahan Dalam Hidup

Assalamualaikum semua,

Masalah hidup adalah antara perkara yang biasa kita kongsi bersama dengan kawan2 sewaktu sarapan pagi, makan tengah hari atau apabila berjumpa di hujung minggu. Masalah-masalah ini mungkin merangkumi masalah ekonomi, masalah keluarga, masalah peribadi dan sebagainya. Kalau nak disenaraikan, terlalu panjang senarai masalah yang pernah kita hadapi. Kadangkala masalah datang secara berturut-turut, one after another.

Sekadar berkongsi, sebarang masalah yang timbul akan menimbulkan rasa resah gelisah dalam diri kita. Rasa resah ini akan membuatkan semuanya serba tak kena. Jika perasaan resah dapat diatasi, mungkin penyelesaian masalah akan dapat difikirkan dengan lebih tepat dan pantas dalam keadaan yang lebih tenang. Untuk mencapai ketenangan dalam permasalahan, hanya Allah saja tempat kita mengadu kerana hanya Allah yang boleh memberikan kita ketenangan dan menyelesaikan masalah kita.

(Imej dipetik daripada hanirosli.blogspot.com/2008/01/penenang-hati.html)


Mari kita renungkan Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:


Ayat 1
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?

Ayat 2
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu

Ayat 3
yang memberatkan punggungmu

Ayat 4
Dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu

Ayat 5
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Ayat 6
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Ayat 7
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain

Ayat 8
dan kepada Tuhanmu hendaklah engkau berharap

Kawan2, renungkanlah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, insyaAllah.