----
Aku membesar membaca komik Aku Budak Minang yang sarat dengan realiti hidup. Dari kisah ibunya yang sentiasa marah-marah, Atuknya yang cool dan separa rockers sehinggalah kepada kisah arwah Abang Joe yang sanggup menghabiskan gaji untuk membantu Ujang menyambung pelajaran di peringkat STPM, semuanya sangat bermakna bagi aku. Nama Ujang tu sendiri memberi kesan besar dalam hidup aku. Tak terasa malu untuk mengaku bahawa aku adalah pengikut setia Ujang buat bertahun-tahun lamanya. Cara Ujang mempersembahkan kisah itu adalah mendahului mana-mana karya lain pada zaman tersebut dan membantu mematangkan fikiran pembacanya.
----
Ketika aku berada dalam darjah 4, Majalah Ujang mula menjadi kegilaan budak2. Usaha Ujang mengumpulkan kartunis yang berwibawa dalam Majalah Ujang membuahkan hasil yang membanggakan. Hasil2 karya kartunis dalam majalah Ujang pada zaman itu adalah LEGEND, yang membantu aku terus bersemangat untuk meneruskan hidup. Selain kartunis seperti Gayour yang sudah sedia dikenali, majalah Ujang juga adalah platform untuk kartunis2 legenda lain seperti Sukun (Workshop), Duku, Ubi dan Tembakau (Kartini) membina karier mereka dengan mengajar masyarakat tentang realiti hidup menerusi kartun.
Masalah tertentu di Majalah Ujang menyebabkan mereka menerbitkan majalah baru yang lebih Islamik iaitu Varia Lawak yang kemudiannya dikenali sebagai LANUN. Time di asrama dulu, senior2 selalu memetik hadith yang terdapat di dalam LANUN untuk dibacakan semasa taklim. Sekitar 2000, LANUN mula menyepi. Ramai kartunis meninggalkan majalah ini sehingga ia akhirnya tidak diterbitkan lagi. Aku jarang mendengar nama Ujang sejak hari tu.
----
Hinggalah ke satu pesta buku di PWTC pada awal 2008. Aku dan Bal terserempak dengan wajah legenda ni di gerai milik Creative. Rupanya Bro Ujang telah kembali menjadi kartunis untuk majalah Gila-Gila, tempat beliau memulakan kerjayanya dulu. Terasa sangat terharu dapat membeli Koleksi Aku Budak Minang yang ditandatangani sendiri oleh beliau di pesta buku tersebut. Daripada sumber-sumber di internet dan akhbar, baru la aku tau bahawa Bro Ujang telah melalui hidup yang sangat perit sejak majalah LANUN tidak diterbitkan lagi.
----
Tapi, bila memantau perkembangan terkini beliau di laman web http://www.ujangonline.com/, aku tau Bro Ujang sedang dalam perjalanan untuk kembali naik. Selain tu, kita semua juga boleh melayari lama web http://thederhakastudent.multiply.com/ untuk mengetahui perkembangan beliau sebagai organizer untuk aktiviti memancing di Tasik Kenyir. Semoga dugaan yang dihadapi oleh Bro Ujang dapat menjadikan beliau sorang yang lebih tough. Harap dapat sekali lagi membaca karya agung daripada Bro Ujang. There are a lot of other cartoonist that I knew, but no one is as great as Ujang. May Allah bless his future...
----
~AKU BUDAK MINANG~